Anugerah Bintang Popular 2011
Ulasan aku kali ni tak banyak berkisar tentang Anugerah Bintang Popular baru-baru ini. Selesai sudah acara namun pahat masih berbunyi. Ada yang tidak berpuas hati dengan keputusan. Banyak juga keputusan di luar jangkaan ramai. Bagi aku mudah, kemenangan diorang diukur dari berapa ramai yang mengundi melalui akhbar Berita Harian. Walau ramai peminat diorang seantero dunia pon kalau tiada yang mengundi kat akhbar pon x guna gak...Papepon kemenangan Aaron Aziz & Maya Karin memang sudah diramal berikutan kejayaan aura Ombak Rindu. Bukan setakat itu, diorang antara pelakon malaysia yang bekerja keras & begitu berkomitmen tinggi dalam kerjaya. Berbaloi segala kerja keras mereka sepanjang tahun ini.Tahniah buat Aaron Aziz & Maya Karin tidak lupa juga buat semua pemenang di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011.


No comments:
Post a Comment