Wednesday, 23 October 2013

Diana Amir Berkahwin


Nampaknya pelakon jelita kegemaran saya iaitu Diana Amir bakal bergelar seorang isteri pada 25 Oktober ini dengan seorang petugas Universiti Teknologi Mara (UiTM), Merbok, Kedah iaitu Mohd Habibbullah A Rahman selepas setahun mengikat tali pertunangan.

Menurut Diana atau nama sebenarnya Nurdiyana Amir Hasim, 27, yang akan bernikah di Putrajaya telah memilih konsep Islamik untuk hari bersejarahnya.

"Saya sebenarnya nak ketengahkan apa yang Islam anjurkan. Contohnya seperti budaya mencium dahi semasa membatalkan air sembahyang boleh digantikan dengan sekadar mengusap kepala pengantin perempuan. Begitu juga konsep inai yang membolehkan seorang wanita melukis motif tumbuh-tumbuhan dan bukannya menerupai tatu.

"Perjalanan majlis itu nanti saya akan tentukan bersama ustaz yang saya kenali. Kalau boleh saya mahu tunjukkan bahawa majlis pernikahan sebenarnya adalah sesuatu yang mudah dan tidak membebankan," katanya kepada sebuah portal hiburan tempatan.

Tambah Diana lagi, pada majlis perkahwinannya kelak, tidak akan ada dulang yang banyak, tetapi hanya ada 3 dulang hantaran sahaja mewakili senaskah Al-Quran, cincin dan mas kahwin.

Majlis perkahwinan Diana dan tunangnya telah mendapat tajaan sepenuhnya daripada pihak Yakult (M) Sdn Bhd yang merangkumi pakaian pengantin, dekorasi dewan, cenderahati untuk tetamu, jurugambar, juruvideo dan inai.

Terdahulu, Diana dan Habibbullah telah mengikat tali pertunangan pada 23 Ogos 2012 di rumah keluarga pelakon itu.

Friday, 5 April 2013

Tour Hujan & LMB ditunda.

Tour Hujan & LMB ditunda





Diumumkan secara rasmi bahawa Tour Sang Enemy/Worldwide Trangression oleh kumpulan Hujan & Love Me Butch (LMB) telah 'DITUNDA' ke bulan Mei 2013 bagi menghormati PRU13 yang bakal berlangsung tak lama lagi (Berkemungkinan besar hujung bulan April 13)

Sumber berikut dipetik dari Facebook Rasmi Kumpulan Hujan : http://www.facebook.com/HUJANFB

"Apa kabar semua? Bagi menghormati Pilihanraya Umum ke-13 yang akan datang tak lama lagi ni, kami, Hujan dan Love Me Butch telah sepakat untuk mengubah tarikh Sang Enemy//Worldwide Transgression Tour ke bulan May 2013.

Jika anda telah membeli tiket, jangan risau. Tiket anda masih valid dan boleh digunapakai untuk show di bulan May nanti. Kalau ada yang inginkan refund untuk tiket yang dibeli, kaw
an-kawan kita di Morning Rocket akan membantu anda untuk urusan refund ini.

Bagi yang belum beli tiket, kami harap ini tidak mematahkan keinginan anda untuk datang ke tour kami.

Kami mohon maaf sangat-sangat dan amatlah berharap agar kita semua dapat bertemu di tour bulan May nanti. Pengumuman untuk tarikh dan venue baru akan dibuat tidak lama lagi.

Terima kasih. Assalammualaikum dan selamat bergembira dihujung minggu untuk semua
!"

Tuesday, 27 November 2012

Musim Hujan

Sekarang ni musin hujan. Biasalah kalau dah Oktober, November & Disember memang xsah kalu tak hujan...

Apa yang bestnya pasal musim hujan ni ialah suhu yang sentiasa sejuk je..sentiasa berselera nak makan & xketinggalan waktu tidur yang nyenyak..

Alhamdulillah lebat2 hujan pon rumah aku x naik banjir...

Tuesday, 10 April 2012

Anugerah Bintang Popular 2011

Ulasan aku kali ni tak banyak berkisar tentang Anugerah Bintang Popular baru-baru ini. Selesai sudah acara namun pahat masih berbunyi. Ada yang tidak berpuas hati dengan keputusan. Banyak juga keputusan di luar jangkaan ramai. Bagi aku mudah, kemenangan diorang diukur dari berapa ramai yang mengundi melalui akhbar Berita Harian. Walau ramai peminat diorang seantero dunia pon kalau tiada yang mengundi kat akhbar pon x guna gak...Papepon kemenangan Aaron Aziz & Maya Karin memang sudah diramal berikutan kejayaan aura Ombak Rindu. Bukan setakat itu, diorang antara pelakon malaysia yang bekerja keras & begitu  berkomitmen tinggi dalam kerjaya. Berbaloi segala kerja keras mereka sepanjang tahun ini.Tahniah buat Aaron Aziz & Maya Karin tidak lupa juga buat semua pemenang di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011.


Thursday, 15 March 2012


Review : Signifikan (nyanyian kumpulan My Frenetic Flux) 

 



Musim hujan akhir-akhir ni membuatkan aku banyak menghabiskan masa kat uma je.Tak banyak aktiviti kat luar yang dpt aku kongsi kat blog. So kali ini aku try nak review lagu lak.hihihi (aku pon bkn pro sgt pown, just bg komen ikut pndgn aku je).Memandangkan ms lapang aku banyak diisi dgn mndgr lagu.Walaupon byk lagu aku dgr akhir2 ni aku  ingt nk try review artis tempatan lah yg agk low profile dr pngetahuan umum.Kalau international act tu takyah aku tulis pon ramai yg tau.

So,kita mulakan citenya.Dlm byk2 lagu yang aku dgr lately aku rasa lagu yg satu ini mungkin agk ganjil dari pndgrn umum. Sebuah lagu bertajuk 'Signifikan' dari kumpulan My Frenetic Flux.Mungkin ada antara anda yang pernah dgr nama grup ni.Aku rasa dlm thn lepas kot aku tau pasal dorg kot secara xsngaja kt Facebook.Xsilap aku lagu ni antara lagu terbaru diorg yg dibagi secara free downlod.

Personally aku rs lagu ni agk menarik kerana bait2 liriknya yg dkt pd situasi aku ms dgr 1st time. Walaupon penyampaian nyanyiannya kdgrn agk rock tp boleh masuk dlm telinga & difahami.Kebetulan waktu tu aku
tgh dlm 'jiwa kacau' disbbkn atas satu insiden,lagu ni seolah2 mengambarkan keadaan aku waktu tu. Apa yg boleh aku katakankan ialah lagu ni antara lagu yg baik hasil anak tempatan.Harap2 pasni kumpulan My Frenetic Flux akan membuat lagu2 yg best2 lagi.

Sessapa yg nk view page dorg boleh trus g kt link ni-> www.facebook.com/myfreneticflux

Bait2 lirik lagu 'Signifikan' nyanyian kumpulan My Frenetic Flux

Bintangku tunjukkanlah oh sinarmu,
menyinari ruang angkasa itu,
mendungnya awan dan kelamnya malam,
menandakan seolah-olah tiada hadirmu.

Masih lagi tersimpan dalam memoriku,
saat sedarku akan wujudmu,
langit malam peneman hatiku,
saat hiba dan tawa teradun di sanubari.

Seluruh alam sepi membisu,
jutaan kerdipan menghias indah angkasa,
namun hanya satu bintang ku kenang,
kerna setiap hadirku, adanya dirimu.

*Chorus

Dan detik pun terus berlalu,
namun kau tetap di situ,
meneman rasa hatiku,
ku harapkan kau ada selamanya,
mengiringi sepanjang hayatku,
kerna kau signifikan bintang pertama.




Tuesday, 28 February 2012

Penerang Hati - Sixth Sense & Saujana


Selalu juga menonton drama mingguan ni. Diam xdiam tertarik dengan lagu latar cerita ini. Rupanya lagu terbaru dari grup Sixth Sense berduet bersama Saujana bertajuk 'Penerang Hati'. Xsangka lagu ni merajai corong2 radio tempatan pada masa kini. So far cite ni ok & membuat aku terhibur setiap minggu menonton kerenah & ragam  2 pengantin muda ni...

Monday, 27 February 2012

Giliran Scha & Awal pula Jun 2012 ini?

Selesainya sudah Majlis Perkahwinan antara artis popular tanahair, Yusry KRU & Lisa Surihani yang berlangsung di PICC pada 26/2/2012 yang lepas. Khabarnya satu lagi pasangan popular ini akan menamatkan zaman bujang masing-masing di lokasi yang sama pada bulan Jun 2012 ini.Nantikan.......