Friday, 24 February 2012

Hujan Acoustic - Special Showcase



Mula popular di internet, Kumpulan HUJAN yang ditubuhkan pada awal 2006 boleh dianggap penggegar seni muzik tempatan masa kini. Walaupun masih hijau di pesada seni muzik, HUJAN menongkah arus dengan menghasilkan muzik yang kini menjadi trend muzik tempatan dan berjaya menakluk Manchester, Liverpool, Sheffield, Cardiff, Dublin dan London.

Tuah datang bergolek untuk sebuah kumpulan pemuzik generasi muda yang dianggotai Noh selaku vokalis dan pemain gitar, Dimas pemain keyboard, AG Coco gitaris utama, Izzat Uzaini pemain bass dan Ambobzeela pemain dram apabila mereka diberikan peluang untuk mengadakan Showcase Akustik Istimewa HUJAN.

HUJAN, pemenang anugerah Album Rock Terbaik dan Lagu Rock Terbaik (Bila Aku Sudah Tiada) di AIM16 bakal mengadakan showcase tersebut di Kuala Lumpur Performing Arts Centre pada Jumaat, 24 Februari depan bermula pukul 8.30 malam.
  
Berbekalkan tiga buah album studio dan dua EP, HUJAN dijangka akan menghiburkan peminatnya selama dua jam dengan rangkaian lagu-lagu dari EP, 1,2,3 Go hingga ke album terbaru mereka, Lonely Soldier Boy.

Persembahan tersebut yang dianggap sangat istimewa oleh HUJAN kerana ia akan dipersembahkan secara akustik dengan iringan strings selain menampilkan penyanyi undangan yang pastinya mengejutkan penonton.
  
Dijangka antara lagu yang akan dipersembahkan termasuk Bila Aku Sudah Tiada, Aku Skandal, Mencari Konklusi, Pagi Yang Gelap, Lonely Soldier Boy, Kotak Hati, Muda, Dikala Bulan Bermain Biola dan juga Cindai (mungkin).

Tiket “Early Bird Round 1” berharga RM48 telah pun habis dijual dalam tempoh sehari selepas pengumuman persembahan itu dilakukan. Harga tiket lain bagi menyaksikan persembahan tersebut adalah seperti berikut:

Early Bird Round 1RM48 (SOLD OUT)
Early Bird Round 2RM63 (SOLD OUT)
Full Price - RM78

Tiket boleh dibeli di Morning Rocket Distro, Bandar Sri Permaisuri, Box Office KLPAC, Box Office The Actors Studio Lot 10, Box Office PenangPAC (Penang Performing Arts Centre) atau pun secara online di www.ilassotickets.com.

Daun Ketum

Selama ini ramai yang tertanya2 apa itu daun ketum & mengapa ia menjadi bahan larangan.Sedikit info yang boleh kita kongsi bersama.

Pokok Ketum, juga dikenali sebagai Pokok Biak (bahasa InggerisKratom), ialah sejenis tumbuhan daripada famili Rubiaceae yang banyak terdapat di Afrika, di utara dan tengah Semenanjung Malaysia serta di selatan Thailand. Di Thailand, pokok ini dipanggil Kakuam, Ithang atau Thom, di Amerika Syarikat pula sebagai KratomNama botaninya Mitragyna speciosa korth.
Daun Ketum telah lama menjadi bahan perubatan tradisional sebagai minuman pemulih tenaga bagi wanita yang baru lepas bersalin. Daun ini direbus dan airnya diminum sebagai pemulih tenaga, juga bagi rawatan mengeluarkan angin dalam badan dan bagi merawat sakit belakang. Bagaimanapun air rebusan daun Ketum telah disalahgunakan dan mula dijual secara meluas kepada pengguna biasa.
Pokok Ketum menjadi terkenal pada awal tahun 2003 kerana ia dikatakan berupaya menjadikan seseorang itu ketagihan kerana ia mengandungi mitraginin. Mitraginin telah disenaraikan dalam Third Schedule of Poisons (Psychotrapic Substance) Regulation 1989, Poison Ordinance 1952. Dengan itu pokok Ketum telah diisytiharkan sebagai bahan larangan mulai Januari 2003.

Friday, 3 February 2012

Roti Telur & Hujan di kala petang Februari...

Lately ni aq dapati agk lebat hujan setiap ptg. Maka terbantutlah banyak aktiviti luar yg dirancang utk mengisi waktu petang. So,nak xnak tpaksa la bkubu dirmh..apapun semua ada hikmah dgn ketentuanNYA..

Dah namanya musim hujan,maka selera makan jgn citelah.mcm2 resepi ddixpriment,so yg paling simple Roti & Telur kowt..huhuhu..mmn feveeret menu dkala ptg..

Sunday, 29 January 2012

AJL26


Fuhh, debaran dah berakhir...tahniah diucapkan buat Hafiz..memang beliau layak menang kerana seperti diketahui 'track record' komposernya yang hebat dalam menghasilkan karya2 yang berkualiti..Hafiz pula berjaya menyampaikan & menjiwai lagu tersebut dengan penuh perasaan disamping pengawalan vokal yang baik....bagi saya ke semua 12 yg bertanding telah mencuba sehabis baik & keputusan juri yang menentukan segalanya...moment paling terkesan ialah apabila nyanyian tribute buat Allahyaryam Sudirman dinyanyikan beramai2 oleh mereka yang hadir di Stadium Putra Bukit Jalil...sayu terasa...

Kepada artis pilihan saya, YUNA saya amat berpuas hati dengan persembahan beliau walaupun tidak berjaya & selamat maju jaya di masa depan kerana bagi saya beliau mampu pergi jauh.

Tuesday, 17 January 2012

pulang ke kampung & gotong royong

lama x pulang ke kampung.4-5bln ada kot so last week dapat pulang dan berjumpa dgn rakan2 lama.kebetulan time tu tgh ada gotong royong kat kg dato' ahmad razali, dengkil.Jadi bersama-sama ringankan tulang.hee

Tuesday, 20 December 2011

Pertelagahan Adlin & Chef Wan

IHSAN : BERITA HARIAN (21/12/2011)

Chef Wan anggap Adlin emosional

DARI pentas Maharaja Lawak Mega akhirnya meleret-leret hingga ke laman sosial Facebook. Bagaimanapun, bukan kehebatan program itu yang menjadi bualan tetapi kisah perang siber membabitkan juri program ini, iaitu Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan dan peserta yang tersingkir Jumaat lalu, Adlin Aman Ramlie.
Semuanya bermula apabila anak kepada pelakon Ruminah Sidek dan Allahyarham A R Tompel itu meluahkan perasaan marah kepada tukang masak glamour itu kerana menganggap tindakan Chef Wan membuat komentar di laman FB sebagai tidak wajar dan menjatuhkan maruahnya.
Geram dengan perbuatan itu, Adlin dengan lantangnya melancarkan ‘perang’ terhadap Chef Wan sambil mempersoalkan kredibiliti lelaki berkenaan sebagai juri program itu. Sebagai orang yang didakwa mencetuskan kontroversi itu, Hip terpanggil untuk mendapatkan penjelasan Chef Wan dan pandangannya terhadap kenyataan Adlin itu.

Sambil menegaskan bahawa dia tidak berminat untuk melayan sifat emosional Adlin itu, selebriti chef itu juga berkata bahawa apa yang dilakukannya itu adalah atas dasar kerja, bukan serangan peribadi ke atas bekas juri program Akademi Fantasia itu.

Hip: Chef Wan ada baca status Adlin dalam FB yang mahu melancarkan ‘perang’ di laman siber?

Chef Wan:
Saya memang tak baca dan saya dapat tahu pun daripada rakan-rakan dan peminat. Terus terang saya memang tak berminat untuk ambil tahu atau pun melayan sebarang kenyataan yang dikeluarkannya yang saya sifatkan sebagai tidak profesional dan penuh dengan emosional. Saya sendiri tak faham mengapa dia begitu marahkan saya walhal markah markah peserta bukanlah terletak di tangan saya seorang saja. Kalau lihat balik komen saya malam itu pun, rasanya tak adalah mengeluarkan perkataan melampau ataupun menggunakan bahasa yang kurang sopan.
 
Hip: Mungkin kalau bukan kerana Chef Wan membuat komen panjang lebar di status perkara itu tidak akan melarat seperti ini?

Chef Wan:
Komentar itu ditulis itu bukanlah kerana saya suka-suka menulisnya. Pihak Astro sendiri yang meminta saya menulis ulasan saya mengenai persembahan keseluruhan setiap peserta untuk sesuatu minggu itu dan mahu saya membuat sebuah blog khas untuk menyalurkan pandangan saya. Saya buat semua itu adalah atas keizinan Astro dan perkara itu tidak perlu dipertikaikan. Bagaimanapun disebabkan saya tidak mempunyai masa untuk menulis blog, jadi apa salahnya rangkuman komentar saya itu diletakkan di laman FB saya. Kebetulan peminat sendiri bertanyakan pandangan saya mengenai program itu saban minggu. Jadi saya rasa itu adalah cara untuk berkomunikasi dengan mereka yang menggemari program itu sambil bertukar-tukar pandangan.

Hip: Berdasarkan luahannya, Adlin mengatakan Chef Wan tidak layak untuk menjadi juri program itu hanya kerana tidak mempunyai latar belakang sebagai seorang pelawak.

Chef Wan:
Pihak Astro mempunyai alasan apabila memilih mereka yang bukan dari latar belakang pelawak untuk menjadi juri atau pengkritik program itu. Mereka mahu kami mewakili penonton biasa. Bezanya kami dari kelompok profil tertinggi dalam bidang masing-masing. Sebagai orang biasa, jadi kami pun kena memainkan peranan sebagai penonton biasa. Formulanya mudah saja, kalau lawak yang ditonjolkan tak lucu, maka tak luculah. Kalau lawak mereka bagus, secara automatik kita ketawa. Dan siapa kata tiada unsur lawak dalam diri saya. Sewaktu mengacarakan program memasak pun, saya tetap berjenaka dengan penonton. Terus terang, lawak Adlin malam itu memang tidak menjadi. Ditambah dengan aksinya yang mempersendakan bapanya sendiri dan tidak peka dengan isu sensitif, jadi dia adalah calon yang memang layak untuk disingkir malam itu selepas berminggu-minggu berada di kedudukan terkebawah.

Hip: Ada yang menganggap, situasi ini berlaku ada kaitan dengan serangan peribadi.

Chef Wan:
Mengapa perlu mengaitkan perkara ini dengan serangan peribadi? Siapa dia untuk saya berbuat begitu? Mengapa perlu mengeluarkan kenyataan yang bukan-bukan apabila disingkir? Seperti yang saya katakan tadi, kalau lawak dia bagus, saya puji. Sebelum ini sewaktu dia membawakan watak Sangeetha dan Paramjadu, saya puji persembahannya walaupun ada peminat marahkan saya dan mengatakan pujian saya tidak ikhlas. Kalau saya terhibur dengan persembahan mereka, saya puji. Begitulah sebaliknya. Bagi saya, tak perlulah nak peningkan kepala mencari idea lawak sehingga merumitkan situasi. Apa yang penting, kita berikan apa yang penonton mahukan seperti yang dilakukan kumpulan Boboi dan Osbon yang sentiasa mendapat pujian juri.

2 Planet Baru Di Temui

2011/12/21

NEW YORK: Saintis menemui dua planet bersaiz bumi yang yang berada di orbit bintang di luar sistem solar, sekali gus petanda positif dalam misi penerokaan mencari planet baru yang boleh didiami manusia selain bumi.

Penemuan itu menunjukkan planet seperti itu wujud dan ia boleh dikesan, kata saintis, Francois Fressin dari Pusat Kajian Astrofizik Harvard-Smithsonian.
Beliau berkata, kedua-dua planet itu tergolong sebagai planet terkecil dalam orbit bintang yang mengelilingi matahari yang dikesan setakat ini.
Saintis sejak sekian lama berusaha mencari planet berpotensi bersaiz bumi yang boleh dihuni manusia dan mahluk bernyawa lain.

Penemuan Fressin itu dilaporkan dalam jurnal online - Journal Nature semalam.

Satu daripada planet itu hanya tiga peratus lebih besar daripada ukur lilit bumi manakala satu lagi antara 10 peratus lebih besar dari bumi.

Kedua-dua planet itu dilaporkan mempunyai permukaan batu-batan yang mirip bumi.
"Namun suhunya terlalu panas untuk membolehkan hidupan bernyawa tinggal kerana suhunya dianggarkan antara 815 hingga 426 darjah selsius," kata Fressin.

Beliau berkata, jika adapun tumbuhan atau hidupan bernyawa di planet itu, ia kemungkinan sebagai bakteria atau hidupan yang tidak diketahui.

Sejak NASA menjalankan misi mencari planet baru menerusi teleskop gergasi Kepler, agensi angkasa itu sudah menemui puluhan planet bersaiz bumi.

Namun penemuan Fressin itu adalah yang pertama mempunyai pengesahan, kata Alan Boss dari Institut Sains Carnegie di Washington.

Beliau juga salah seorang anggota pasukan saintis Kepler.

Kedua-dua planet itu dinamakan sebagai Kepler-20e dan Kepler-20f. - AP