Wednesday, 23 October 2013

Diana Amir Berkahwin


Nampaknya pelakon jelita kegemaran saya iaitu Diana Amir bakal bergelar seorang isteri pada 25 Oktober ini dengan seorang petugas Universiti Teknologi Mara (UiTM), Merbok, Kedah iaitu Mohd Habibbullah A Rahman selepas setahun mengikat tali pertunangan.

Menurut Diana atau nama sebenarnya Nurdiyana Amir Hasim, 27, yang akan bernikah di Putrajaya telah memilih konsep Islamik untuk hari bersejarahnya.

"Saya sebenarnya nak ketengahkan apa yang Islam anjurkan. Contohnya seperti budaya mencium dahi semasa membatalkan air sembahyang boleh digantikan dengan sekadar mengusap kepala pengantin perempuan. Begitu juga konsep inai yang membolehkan seorang wanita melukis motif tumbuh-tumbuhan dan bukannya menerupai tatu.

"Perjalanan majlis itu nanti saya akan tentukan bersama ustaz yang saya kenali. Kalau boleh saya mahu tunjukkan bahawa majlis pernikahan sebenarnya adalah sesuatu yang mudah dan tidak membebankan," katanya kepada sebuah portal hiburan tempatan.

Tambah Diana lagi, pada majlis perkahwinannya kelak, tidak akan ada dulang yang banyak, tetapi hanya ada 3 dulang hantaran sahaja mewakili senaskah Al-Quran, cincin dan mas kahwin.

Majlis perkahwinan Diana dan tunangnya telah mendapat tajaan sepenuhnya daripada pihak Yakult (M) Sdn Bhd yang merangkumi pakaian pengantin, dekorasi dewan, cenderahati untuk tetamu, jurugambar, juruvideo dan inai.

Terdahulu, Diana dan Habibbullah telah mengikat tali pertunangan pada 23 Ogos 2012 di rumah keluarga pelakon itu.

Friday, 5 April 2013

Tour Hujan & LMB ditunda.

Tour Hujan & LMB ditunda





Diumumkan secara rasmi bahawa Tour Sang Enemy/Worldwide Trangression oleh kumpulan Hujan & Love Me Butch (LMB) telah 'DITUNDA' ke bulan Mei 2013 bagi menghormati PRU13 yang bakal berlangsung tak lama lagi (Berkemungkinan besar hujung bulan April 13)

Sumber berikut dipetik dari Facebook Rasmi Kumpulan Hujan : http://www.facebook.com/HUJANFB

"Apa kabar semua? Bagi menghormati Pilihanraya Umum ke-13 yang akan datang tak lama lagi ni, kami, Hujan dan Love Me Butch telah sepakat untuk mengubah tarikh Sang Enemy//Worldwide Transgression Tour ke bulan May 2013.

Jika anda telah membeli tiket, jangan risau. Tiket anda masih valid dan boleh digunapakai untuk show di bulan May nanti. Kalau ada yang inginkan refund untuk tiket yang dibeli, kaw
an-kawan kita di Morning Rocket akan membantu anda untuk urusan refund ini.

Bagi yang belum beli tiket, kami harap ini tidak mematahkan keinginan anda untuk datang ke tour kami.

Kami mohon maaf sangat-sangat dan amatlah berharap agar kita semua dapat bertemu di tour bulan May nanti. Pengumuman untuk tarikh dan venue baru akan dibuat tidak lama lagi.

Terima kasih. Assalammualaikum dan selamat bergembira dihujung minggu untuk semua
!"