Review : Signifikan (nyanyian kumpulan My Frenetic Flux)
Musim hujan akhir-akhir ni membuatkan aku banyak menghabiskan masa kat uma je.Tak banyak aktiviti kat luar yang dpt aku kongsi kat blog. So kali ini aku try nak review lagu lak.hihihi (aku pon bkn pro sgt pown, just bg komen ikut pndgn aku je).Memandangkan ms lapang aku banyak diisi dgn mndgr lagu.Walaupon byk lagu aku dgr akhir2 ni aku ingt nk try review artis tempatan lah yg agk low profile dr pngetahuan umum.Kalau international act tu takyah aku tulis pon ramai yg tau.
So,kita mulakan citenya.Dlm byk2 lagu yang aku dgr lately aku rasa lagu yg satu ini mungkin agk ganjil dari pndgrn umum. Sebuah lagu bertajuk 'Signifikan' dari kumpulan My Frenetic Flux.Mungkin ada antara anda yang pernah dgr nama grup ni.Aku rasa dlm thn lepas kot aku tau pasal dorg kot secara xsngaja kt Facebook.Xsilap aku lagu ni antara lagu terbaru diorg yg dibagi secara free downlod.
Personally aku rs lagu ni agk menarik kerana bait2 liriknya yg dkt pd situasi aku ms dgr 1st time. Walaupon penyampaian nyanyiannya kdgrn agk rock tp boleh masuk dlm telinga & difahami.Kebetulan waktu tu aku
tgh dlm 'jiwa kacau' disbbkn atas satu insiden,lagu ni seolah2 mengambarkan keadaan aku waktu tu. Apa yg boleh aku katakankan ialah lagu ni antara lagu yg baik hasil anak tempatan.Harap2 pasni kumpulan My Frenetic Flux akan membuat lagu2 yg best2 lagi.
Sessapa yg nk view page dorg boleh trus g kt link ni-> www.facebook.com/myfreneticflux
Bait2 lirik lagu 'Signifikan' nyanyian kumpulan My Frenetic Flux
Bintangku tunjukkanlah oh sinarmu,
menyinari ruang angkasa itu,
mendungnya awan dan kelamnya malam,
menandakan seolah-olah tiada hadirmu.
Masih lagi tersimpan dalam memoriku,
saat sedarku akan wujudmu,
langit malam peneman hatiku,
saat hiba dan tawa teradun di sanubari.
Seluruh alam sepi membisu,
jutaan kerdipan menghias indah angkasa,
namun hanya satu bintang ku kenang,
kerna setiap hadirku, adanya dirimu.
*Chorus
Dan detik pun terus berlalu,
namun kau tetap di situ,
meneman rasa hatiku,
ku harapkan kau ada selamanya,
mengiringi sepanjang hayatku,
kerna kau signifikan bintang pertama.