Tuesday, 28 February 2012

Penerang Hati - Sixth Sense & Saujana


Selalu juga menonton drama mingguan ni. Diam xdiam tertarik dengan lagu latar cerita ini. Rupanya lagu terbaru dari grup Sixth Sense berduet bersama Saujana bertajuk 'Penerang Hati'. Xsangka lagu ni merajai corong2 radio tempatan pada masa kini. So far cite ni ok & membuat aku terhibur setiap minggu menonton kerenah & ragam  2 pengantin muda ni...

Monday, 27 February 2012

Giliran Scha & Awal pula Jun 2012 ini?

Selesainya sudah Majlis Perkahwinan antara artis popular tanahair, Yusry KRU & Lisa Surihani yang berlangsung di PICC pada 26/2/2012 yang lepas. Khabarnya satu lagi pasangan popular ini akan menamatkan zaman bujang masing-masing di lokasi yang sama pada bulan Jun 2012 ini.Nantikan.......

Friday, 24 February 2012

Hujan Acoustic - Special Showcase



Mula popular di internet, Kumpulan HUJAN yang ditubuhkan pada awal 2006 boleh dianggap penggegar seni muzik tempatan masa kini. Walaupun masih hijau di pesada seni muzik, HUJAN menongkah arus dengan menghasilkan muzik yang kini menjadi trend muzik tempatan dan berjaya menakluk Manchester, Liverpool, Sheffield, Cardiff, Dublin dan London.

Tuah datang bergolek untuk sebuah kumpulan pemuzik generasi muda yang dianggotai Noh selaku vokalis dan pemain gitar, Dimas pemain keyboard, AG Coco gitaris utama, Izzat Uzaini pemain bass dan Ambobzeela pemain dram apabila mereka diberikan peluang untuk mengadakan Showcase Akustik Istimewa HUJAN.

HUJAN, pemenang anugerah Album Rock Terbaik dan Lagu Rock Terbaik (Bila Aku Sudah Tiada) di AIM16 bakal mengadakan showcase tersebut di Kuala Lumpur Performing Arts Centre pada Jumaat, 24 Februari depan bermula pukul 8.30 malam.
  
Berbekalkan tiga buah album studio dan dua EP, HUJAN dijangka akan menghiburkan peminatnya selama dua jam dengan rangkaian lagu-lagu dari EP, 1,2,3 Go hingga ke album terbaru mereka, Lonely Soldier Boy.

Persembahan tersebut yang dianggap sangat istimewa oleh HUJAN kerana ia akan dipersembahkan secara akustik dengan iringan strings selain menampilkan penyanyi undangan yang pastinya mengejutkan penonton.
  
Dijangka antara lagu yang akan dipersembahkan termasuk Bila Aku Sudah Tiada, Aku Skandal, Mencari Konklusi, Pagi Yang Gelap, Lonely Soldier Boy, Kotak Hati, Muda, Dikala Bulan Bermain Biola dan juga Cindai (mungkin).

Tiket “Early Bird Round 1” berharga RM48 telah pun habis dijual dalam tempoh sehari selepas pengumuman persembahan itu dilakukan. Harga tiket lain bagi menyaksikan persembahan tersebut adalah seperti berikut:

Early Bird Round 1RM48 (SOLD OUT)
Early Bird Round 2RM63 (SOLD OUT)
Full Price - RM78

Tiket boleh dibeli di Morning Rocket Distro, Bandar Sri Permaisuri, Box Office KLPAC, Box Office The Actors Studio Lot 10, Box Office PenangPAC (Penang Performing Arts Centre) atau pun secara online di www.ilassotickets.com.

Daun Ketum

Selama ini ramai yang tertanya2 apa itu daun ketum & mengapa ia menjadi bahan larangan.Sedikit info yang boleh kita kongsi bersama.

Pokok Ketum, juga dikenali sebagai Pokok Biak (bahasa InggerisKratom), ialah sejenis tumbuhan daripada famili Rubiaceae yang banyak terdapat di Afrika, di utara dan tengah Semenanjung Malaysia serta di selatan Thailand. Di Thailand, pokok ini dipanggil Kakuam, Ithang atau Thom, di Amerika Syarikat pula sebagai KratomNama botaninya Mitragyna speciosa korth.
Daun Ketum telah lama menjadi bahan perubatan tradisional sebagai minuman pemulih tenaga bagi wanita yang baru lepas bersalin. Daun ini direbus dan airnya diminum sebagai pemulih tenaga, juga bagi rawatan mengeluarkan angin dalam badan dan bagi merawat sakit belakang. Bagaimanapun air rebusan daun Ketum telah disalahgunakan dan mula dijual secara meluas kepada pengguna biasa.
Pokok Ketum menjadi terkenal pada awal tahun 2003 kerana ia dikatakan berupaya menjadikan seseorang itu ketagihan kerana ia mengandungi mitraginin. Mitraginin telah disenaraikan dalam Third Schedule of Poisons (Psychotrapic Substance) Regulation 1989, Poison Ordinance 1952. Dengan itu pokok Ketum telah diisytiharkan sebagai bahan larangan mulai Januari 2003.

Friday, 3 February 2012

Roti Telur & Hujan di kala petang Februari...

Lately ni aq dapati agk lebat hujan setiap ptg. Maka terbantutlah banyak aktiviti luar yg dirancang utk mengisi waktu petang. So,nak xnak tpaksa la bkubu dirmh..apapun semua ada hikmah dgn ketentuanNYA..

Dah namanya musim hujan,maka selera makan jgn citelah.mcm2 resepi ddixpriment,so yg paling simple Roti & Telur kowt..huhuhu..mmn feveeret menu dkala ptg..