Tuesday, 20 December 2011

Pertelagahan Adlin & Chef Wan

IHSAN : BERITA HARIAN (21/12/2011)

Chef Wan anggap Adlin emosional

DARI pentas Maharaja Lawak Mega akhirnya meleret-leret hingga ke laman sosial Facebook. Bagaimanapun, bukan kehebatan program itu yang menjadi bualan tetapi kisah perang siber membabitkan juri program ini, iaitu Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan dan peserta yang tersingkir Jumaat lalu, Adlin Aman Ramlie.
Semuanya bermula apabila anak kepada pelakon Ruminah Sidek dan Allahyarham A R Tompel itu meluahkan perasaan marah kepada tukang masak glamour itu kerana menganggap tindakan Chef Wan membuat komentar di laman FB sebagai tidak wajar dan menjatuhkan maruahnya.
Geram dengan perbuatan itu, Adlin dengan lantangnya melancarkan ‘perang’ terhadap Chef Wan sambil mempersoalkan kredibiliti lelaki berkenaan sebagai juri program itu. Sebagai orang yang didakwa mencetuskan kontroversi itu, Hip terpanggil untuk mendapatkan penjelasan Chef Wan dan pandangannya terhadap kenyataan Adlin itu.

Sambil menegaskan bahawa dia tidak berminat untuk melayan sifat emosional Adlin itu, selebriti chef itu juga berkata bahawa apa yang dilakukannya itu adalah atas dasar kerja, bukan serangan peribadi ke atas bekas juri program Akademi Fantasia itu.

Hip: Chef Wan ada baca status Adlin dalam FB yang mahu melancarkan ‘perang’ di laman siber?

Chef Wan:
Saya memang tak baca dan saya dapat tahu pun daripada rakan-rakan dan peminat. Terus terang saya memang tak berminat untuk ambil tahu atau pun melayan sebarang kenyataan yang dikeluarkannya yang saya sifatkan sebagai tidak profesional dan penuh dengan emosional. Saya sendiri tak faham mengapa dia begitu marahkan saya walhal markah markah peserta bukanlah terletak di tangan saya seorang saja. Kalau lihat balik komen saya malam itu pun, rasanya tak adalah mengeluarkan perkataan melampau ataupun menggunakan bahasa yang kurang sopan.
 
Hip: Mungkin kalau bukan kerana Chef Wan membuat komen panjang lebar di status perkara itu tidak akan melarat seperti ini?

Chef Wan:
Komentar itu ditulis itu bukanlah kerana saya suka-suka menulisnya. Pihak Astro sendiri yang meminta saya menulis ulasan saya mengenai persembahan keseluruhan setiap peserta untuk sesuatu minggu itu dan mahu saya membuat sebuah blog khas untuk menyalurkan pandangan saya. Saya buat semua itu adalah atas keizinan Astro dan perkara itu tidak perlu dipertikaikan. Bagaimanapun disebabkan saya tidak mempunyai masa untuk menulis blog, jadi apa salahnya rangkuman komentar saya itu diletakkan di laman FB saya. Kebetulan peminat sendiri bertanyakan pandangan saya mengenai program itu saban minggu. Jadi saya rasa itu adalah cara untuk berkomunikasi dengan mereka yang menggemari program itu sambil bertukar-tukar pandangan.

Hip: Berdasarkan luahannya, Adlin mengatakan Chef Wan tidak layak untuk menjadi juri program itu hanya kerana tidak mempunyai latar belakang sebagai seorang pelawak.

Chef Wan:
Pihak Astro mempunyai alasan apabila memilih mereka yang bukan dari latar belakang pelawak untuk menjadi juri atau pengkritik program itu. Mereka mahu kami mewakili penonton biasa. Bezanya kami dari kelompok profil tertinggi dalam bidang masing-masing. Sebagai orang biasa, jadi kami pun kena memainkan peranan sebagai penonton biasa. Formulanya mudah saja, kalau lawak yang ditonjolkan tak lucu, maka tak luculah. Kalau lawak mereka bagus, secara automatik kita ketawa. Dan siapa kata tiada unsur lawak dalam diri saya. Sewaktu mengacarakan program memasak pun, saya tetap berjenaka dengan penonton. Terus terang, lawak Adlin malam itu memang tidak menjadi. Ditambah dengan aksinya yang mempersendakan bapanya sendiri dan tidak peka dengan isu sensitif, jadi dia adalah calon yang memang layak untuk disingkir malam itu selepas berminggu-minggu berada di kedudukan terkebawah.

Hip: Ada yang menganggap, situasi ini berlaku ada kaitan dengan serangan peribadi.

Chef Wan:
Mengapa perlu mengaitkan perkara ini dengan serangan peribadi? Siapa dia untuk saya berbuat begitu? Mengapa perlu mengeluarkan kenyataan yang bukan-bukan apabila disingkir? Seperti yang saya katakan tadi, kalau lawak dia bagus, saya puji. Sebelum ini sewaktu dia membawakan watak Sangeetha dan Paramjadu, saya puji persembahannya walaupun ada peminat marahkan saya dan mengatakan pujian saya tidak ikhlas. Kalau saya terhibur dengan persembahan mereka, saya puji. Begitulah sebaliknya. Bagi saya, tak perlulah nak peningkan kepala mencari idea lawak sehingga merumitkan situasi. Apa yang penting, kita berikan apa yang penonton mahukan seperti yang dilakukan kumpulan Boboi dan Osbon yang sentiasa mendapat pujian juri.

2 Planet Baru Di Temui

2011/12/21

NEW YORK: Saintis menemui dua planet bersaiz bumi yang yang berada di orbit bintang di luar sistem solar, sekali gus petanda positif dalam misi penerokaan mencari planet baru yang boleh didiami manusia selain bumi.

Penemuan itu menunjukkan planet seperti itu wujud dan ia boleh dikesan, kata saintis, Francois Fressin dari Pusat Kajian Astrofizik Harvard-Smithsonian.
Beliau berkata, kedua-dua planet itu tergolong sebagai planet terkecil dalam orbit bintang yang mengelilingi matahari yang dikesan setakat ini.
Saintis sejak sekian lama berusaha mencari planet berpotensi bersaiz bumi yang boleh dihuni manusia dan mahluk bernyawa lain.

Penemuan Fressin itu dilaporkan dalam jurnal online - Journal Nature semalam.

Satu daripada planet itu hanya tiga peratus lebih besar daripada ukur lilit bumi manakala satu lagi antara 10 peratus lebih besar dari bumi.

Kedua-dua planet itu dilaporkan mempunyai permukaan batu-batan yang mirip bumi.
"Namun suhunya terlalu panas untuk membolehkan hidupan bernyawa tinggal kerana suhunya dianggarkan antara 815 hingga 426 darjah selsius," kata Fressin.

Beliau berkata, jika adapun tumbuhan atau hidupan bernyawa di planet itu, ia kemungkinan sebagai bakteria atau hidupan yang tidak diketahui.

Sejak NASA menjalankan misi mencari planet baru menerusi teleskop gergasi Kepler, agensi angkasa itu sudah menemui puluhan planet bersaiz bumi.

Namun penemuan Fressin itu adalah yang pertama mempunyai pengesahan, kata Alan Boss dari Institut Sains Carnegie di Washington.

Beliau juga salah seorang anggota pasukan saintis Kepler.

Kedua-dua planet itu dinamakan sebagai Kepler-20e dan Kepler-20f. - AP

Monday, 19 December 2011

Waldorf Salad

Nak share satu menu baru yg aku try tengahari tadi...agk aneh gak la ms 1st time dgr namanya dari bos aku encik shahrul...'Waldorf Salad' namanya...rasanya ..walllaaaah..korang kena try rasa...boleh tak lepas dah makan baru aku researh kat internet...sedikit info yang aku dapat kat internet untuk diet sihat ni.

Waldorf salad is a salad traditionally made of fresh apples, celery and walnuts, dressed in mayonnaise, and usually served on a bed of lettuce as an appetizer or a light meal.

Selamat Bersiaran Azrita...

Hari baru di dunia blog, walaupon terlambat, akhirnya aku berjaya juga mencipta satu blog...start hari ni boleh la aku mencatat rasa hati & apa jua tentang aku kat sini...heeeee